Laluan Darat Malaysia-Singapura, Dibuka Pada 29 November Ini!

November 19, 2021 - 03:14 PM


Berita baik! Kerajaan negeri Johor hari ini mengesahkan bahawa Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan VTL melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov ini.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan juga bekerja di Johor Bahru.

"Saya ada berita baik untuk dikongsi. Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan kerajaan Persekutuan dan negeri telah disahkan bahawa perjalanan darat akan bermula pada 29 Nov ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Four Points oleh Sheraton Desaru Hotel di sini hari ini.

Pada 8 Nov lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan xsejawatannya, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan individu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 Nov ini.

 

Destination: