Restoran Ini Jual Nasi Putih Semangkuk Pada Harga RM25.00? Anda Sanggup Beli?

FOODIE
November 22, 2021 - 06:11 PM


Lepas isu siakap di Langkawi kini timbul pulak isu viral nasi putih semangkuk harga RM25 pula. 

Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan rasa tidak percaya dengan harga semangkuk nasi di sebuah hotel mewah di Singapura yang didakwa tidak masuk akal.

Ia dibongkarkan oleh seorang pengguna TikTok yang menginap di suite presiden hotel Marina Bay Sands (MBS), di mana dia menerima bil hampir S$19.00 atau sekitar  RM58.53 untuk dua mangkuk kecil nasi putih.

Video resit menunjukkan bahawa setiap mangkuk berharga S$8.00 atau RM24.64 setiap satu, ditambah S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai. “Semangkuk kecil nasi putih yang paling mahal,” kata pengguna itu.

Video itu telah menerima lebih daripada 300,000 tontonan dan hampir 7,000 komen – kebanyakannya daripada orang ramai yang menyatakan rasa terkejut dengan harga beras tersebut.

aru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan netizen apabila mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM1,196.80.

Manakala pemilik restoran stik, Salt Bae juga telah mendominasi tajuk utama dalam beberapa minggu ini selepas restorannya di London mengenakan bayaran RM50.00 kepada pelanggan untuk satu hidangan minuman Coke.

Destination: