Harga Tiket Ke Sarawak Tak Masuk Akal, Buat Netizen Panas

TERKINI
November 25, 2021 - 04:53 PM


Sejak dah boleh rentas negeri ini, ramai rakyat Malaysia yang nak rentas negeri untuk bercuti ataupun mengubat kerinduan pulang ke kampung.

Isu harga tiket mahal ketika musim perayaan bukanlah satu isu yang baru tetapi perkara ini tetap berlaku. Makin sukar la kehidupan kebanyakan rakyat Malaysia lagi-lagi kehidupan selepas Covid-19 melanda.

Baru-baru ini, kecoh di Twitter apabila ada yang menyuarakan keluhan apabila harga tiket penerbangan ke Sarawak mahal dan tidak masuk akal. Menerusi perkongsian pengguna Twitter @aripfredo dan penyanyi dari Sarawak iaitu Alena Murang, masing-masing mengatakan kenaikan harga tiket ketika perayaan dilihat agak melampau.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alena Murang (@alenamurang)

Malah, pengguna Twitter @aripfredo telah membuat perbandingan dan mendapati harga tiket pada tarikh tersebut berharga RM1,499.18 (kelas ekonomi) manakala bagi penerbangan serupa ke London berharga RM1,469 di laman sesawang MAS. Biar betul?

Tambahnya, syarikat penerbangan lain juga menunjukkan kenaikan harga tiket. Isu tersebut telah mendapat perhatian MAS lalu pihak MAS menjawab pertanyaan mengapa berlakunya kenaikan harga tiket.

Selepas mendengar rungungat yang dibuat, menurut pihak MAS, harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran. Akan tetapi, respon tersebut tidak memuaskan hati sesetengah pihak dan berharap pihak yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu ini.

Isu ini turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berharap harga tiket penerbangan akan lebih murah agar dapat berjumpa dengan keluarga selepas sudah lama tidak berjumpa.

Sumber: The Vocket

Destination: