Tampil Dengan Lebih Menggeletis, Lagu Raya Aliff Syukri Mendapat Sambutan "Hangat" Dari Netizen

TERKINI
April 20, 2022 - 03:49 PM


Macam biasa, dah nak dekat raya ni kan mesti ramai artis menderu-deru nak keluarkan lagu raya. Tapi kali ini, bukan penyanyi. Siapa yang tak kenal usahawan kosmestik Aliff Syukri. Raya tahun ini ada buah tangan khas dari beliau untuk semua rakyat Malaysia.

Tahun ini, mungkin ramai yang dah tahu bahawa dia nak keluarkan lagu raya lagi yang berjudul ‘Kelepok Raya’, sepanjang tempoh artikel ini ditulis ianya sudah ditayangkan di Youtube.

Sebelum ini, pernah timbul satu isu apabila dia tayang video sewaktu sedang membuat penggambaran lagu itu.

Isu yang sama timbul kembali apabila kali ini Aliff Syukri ada kongsikan satu keratan video daripada lagu Kelepok Raya itu dan ia membuatkan ramai netizen kurang senang apabila melihatnya.

Perkongsian itu dibuat sebagai teaser beberapa minit sebelum video muzik penuh untuk lagu itu keluar.

Dalam video tersebut dilihat Aliff Syukri baring bersama dengan lelaki-lelaki lain sambil melakukan pergerakan yang didakwa seperti Britney Spears

Sebelum ini, ibu Aliff Syukri yang dikenali sebagai Bonda Rozita Ibrahim ada tampil menegur Aliff Syukri mengenai hal lagu ini dan dia ada balas dengan mengatakan lagunya ini adalah sebahagian daripada seni sebelum ditempelak oleh ibunya semula.

Sumber: LobakMerah

Destination: