Tasik Cermin Ditutup Gara-Gara Lelaki Ini Terjun Ke Dalam Tasik?

TRAVEL
December 13, 2021 - 02:29 PM


Diberi nama Tasik Cermin, nampaknya masih ramai yang tak tahu macam mana nak sampai ke tasik yang sangat cantik dan memukau mata di sini. Tasik Cermin terletak di tengah-tengah bentukan batu kapur dan gunung ganang. Untuk masuk ke kawasan tasik ini, korang perlu melalui terowong gua sepanjang 50 meter.

Jadi sebelum korang nak pergi ke sini, min nak nasihatkan yang lokasi ni bukanlah tempat pelancongan yang official. Jadi kalau boleh elakkan bawa budak-budak ke Tasik Cermin. Namun kalau korang datang sekadar nak tengok pemandangan dan enjoy mengambil gambar tiada masalah untuk pergi dengan orang dewasa. Apa pun jaga keselamatan diri dan jaga SOP okay? Enjoy!

Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin di sini menjadi tular di aplikasi Tiktok sejak semalam.

Video berdurasi kira-kira 15 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ia memaparkan lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan seolah-olah dia sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong di Ipoh.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan memandangkan perbuatannya boleh menyebabkan kawasan rekreasi tersebut ditutup kepada pengunjung.

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula,” ujar seorang individu.

“Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup nanti,” ujar Simpleedititon pula.

Sementara itu, pemilik akaun berkenaan memaklumkan dia juga masih tertanya-tanya sehingga hari ini kenapa lelaki berkenaan terjun ke dalam tasik tersebut.

Sehingga jam 10 malam ini video berkenaan mendapat lebih 320,000 tontonan dengan jumlah komen lebih 350.

@iamsyafiruz

Thank you 🥺 #tasikcerminipoh #WinnerWinnerMoment

♬ suara asli - gabut woi

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika dihubungi Kosmo! memaklumkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut manakala siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian berkenaan. 

Destination: