Dekatkan Diri Dengan Alam Semulajadi Di Eco Capsule Resort, Penang!
Malaysia yang kita cintai ini sememangnya cukup terkenal dengan hutan tropika yang subur dan sungai yang sungguh mendamaikan. Bersatu dengan alam semulajadi antara cara yang terbaik untuk cas semula diri anda dengan nafas baru! Lokasi ini mampu memberi satu percutian yang cukup tenteram kan jiwa anda.
Lokasi penginapan kali ini cukup unik, anda boleh cuba bermalam di Eco Capsule Resort yang terletak di Pulau Pinang. Bilik yang ditawarkan kali ini berkonsepkan kapsul, yang berada di tengah hutan dan juga sebatang sungai yang cukup jernih.
Setiap kapsul dilengkapi dengan penghawa dingin demi keselesaan pengunjung. Jadi korang tak perlu berpanas bila bermalam di sini. Selain itu, bilik mandi juga disediakan pada setiap kapsul. Setiap kapsul mampu menampung 2 orang. Kalau korang bercuti bersama keluarga, korang boleh pilih family room yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan juga satu set double decker yang mampu menampung 4 orang.
Nak rasa pengalaman berkhemah? Korang boleh berkhemah sambil ber-bbq bersama insan tersayang yang akan dibantu oleh staff yang tersedia.
Selain dari itu, korang boleh berjalan-jalan di Teluk Bahang yang ada pelbagai tarikan seperti Tropical Spice Garden, ataupun ber-hiking di Chin Farm Waterfall.
Harga: dari RM80 satu malam di Agoda
Alamat : Lorong Rimba, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Sumber: HaveHalalWillTravel