Ini 10 Perkara Menarik Tentang 'Wartawan Cilik' Bukit Selambau Yang Viral

TERKINI
January 27, 2022 - 04:16 PM


Baru-baru ini media sosial viral dengan perkongsian video kepetahan wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang cukup menghiburkan serta membuat netizen kagum dengan bakat semulajadi pelajar Darjah 6 itu.

Dengan aksi bersahaja dan sangat natural -- Haziq yang berasal dari Sungai Petani, Kedah telah menawan hati ramai penonton apabila selamba membuat liputan penemuan ular sawa di kampungnya dengan slanga utaranya yang cukup mencuit hati.

Ramai yang memuji keletah serta bakat wartawan yang ada pada diri anak kecil itu, termasuk selebriti tempatan seperti Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Mustaqim Bahadon dan Ang Suhair.

Tetapi korang tahu tak di sebalik perwatakan kanak-kanak yang ceria, Haziq sebenarnya menghidap penyakit talasemia dan perlu menjalani rawatan secara berkala.

Berikut 10 perkara menarik mengenai adik Haziq yang kini semakin popular :-

1. Anak sulung daripada dua beradik ini seorang yang peramah dan suka mengusik guru-guru serta
rakan-rakan di sekolah.

2. Seorang yang kreatif dalam mengulas sesuatu perkara secara spontan.

3. Bijak dalam semua mata pelajaran di sekolah.

4. Pandai menyesuaikan diri di dalam kelas walaupun banyak saingan di kelas pertama.

5. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang panda memasak pelbagai jenis kek dan kuih muih tradisional seperti bahulu.

6. Selalu membawa kek ke sekolah untuk cikgu dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai air tangannya.

7. Ibu bapa menyokong minat Haziq dalam bidang masakan dengan menyediakan segala peralatan memasak, selain dikongsi di Facebook milk ibunya.

8. Meminati penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

9. Video secara langsung penemuan ular oleh Haziq yang dimuat naik pemilik Facebook Putra Mar
sehingga kini meraih kira-kira 1.1 juta tontonan.

10. Di sebalik perwatakan kanak-kanak yang ceria, Haziq bagaimanapun akan diam di sekolah jika
kesihatannya terganggu. Ini kerana dia menghidap penyakit talasemia dan perlu menjalani rawatan
secara berkala.

P/S: Kita doakan semoga adik Haziq sentiasa diberi kesihatan terbaik dan membesar capai cita-cita yang diidamkan. Pape pun jom kita layan dulu video sempoi beliau ni! Hehehe...

Sumber: Mstar

Destination: