UluVilla Guesthouse, Penginapan Tenang Dan Bersatu Dengan Alam
Lokasi penginapan kali ini memang lain dari yang lain. Terletak di suatu negeri atau tempat yang tidak asing lagi di kalangan pelancong dalam mahupun luar negara iaitu Pulau Langkawi, Kedah!
Nama tempat penginapan unik dan cukup menarik ini kadalah UluVilla Guesthouse yang berada betul-betul di tengah Langkawi. UluVilla Guesthouse ni memang sesuai untuk korang yang bercuti dalam kelompok yang kecil. Sesuai untuk 2-3 pax.
Rekabentuk UluVilla Guesthouse ni memang unik kerana dibina dengan konsep A-frame dan hiasan dalaman yang bertemakan kampung! Yang paling best mestilah view yang ada pada guesthouse ni. Korang boleh nikmati suasana alam semulajadi dan kaki bukit yang cukup menenangkan!
Tambahan pula, ia berada dekat dengan pelbagai tarikan di Pulau Langkawi! Antara fasiliti yang disediakan adalah :
- dapur
- wifi
- tempat letak kereta percuma
- HDTV lengkap dengan Netflix
- Penghawa dingin
- Pengering rambut
- Laman rumah
Untuk tempahan, anda boleh klik sini atau terus hubungi https://t.co/b3xBdkF2AN
Sumber dan Kredit: @fahimdnish (Twitter)