Pakwe Imamkan Solat Secara Online, Siap Hulur Tangan Untuk Bersalam

TERKINI
March 15, 2022 - 10:35 AM


Di laman sosial Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kecoh apabila ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’.

Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’ ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video.

Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam.

“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula 'content' pergi mintak musibah. View makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan 'content' nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya.

Di ruangan komen rata-rata pengikut Furqan turut meluahkan rasa marah terhadap pasangan remaja terbabit kerana yang dianggap ‘lapar perhatian’ dengan memuat naik kandungan sedemikian. Di mana video ini dirakam masih menjadi tanda tanya.