Rasa Seram Untuk Datang Sekolah & Mengajar, Seorang Guru Dedah Remaja Lelaki Cari 'Sugar Daddy'
TERKINI'Ini memang akhir zaman'. Itulah ungkapan yang sesuai diucapkan pada masa sekarang ekoran lambakan isu yang membabitkan hubungan sesama jenis.
Baru-baru ini, seorang guru telah berkongsi sebuah cerita kepada aktivis Akhi Fairuz berkenaan dengan realiti remaja lelaki bawah umur masa kini.
Melalui laman Facebook rasmi Akhi Fairuz, guru tersebut menceritakan tentang penemuan satu group Telegram yang mengejutkannya. Menurut guru tersebut, ketika dia sedang melayari aplikasi X, dia terlihat satu akaun seorang remaja yang repost satu link group Telegram, yang diberi nama "Budak Muda Bujang".
"Saya curious dengan nama group tersebut, saya berfikir agak lama dan akhirnya terus masuk group itu.
"Untuk pengetahuan tuan, saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah kawasan bandar di Lembah Klang. Kesemuanya murid Melayu. Pelajar sekolah saya ramai daripada keluarga berada. Ramai di antara mereka telah mempunyai telefon bimbit dan akaun media sosial sendiri.
"Di waktu lapang, saya gemar 'siasat' media sosial anak-anak murid saya. Mana-mana pelajar saya yang pernah WhatsApp saya atas urusan pelajaran atau aktiviti sekolah, saya akan terus save nombor mereka. Dengan cara ini, sedikit sebanyak saya boleh tengok story WhatsApp mereka dan tahu apa yang mereka buat dan minat.
Apabila saya masuk group tersebut, tangan ini menggeletar ketika scroll dan membaca conversation mereka," tulisnya.
Guru tersebut juga berkongsi isi kandungan group tersebut secara ringkas, iaitu:
1. Remaja bawah umur yang tidak segan mencari 'sugar daddy' atau ayah angkat untuk melakukan hubungan sejenis. Rata-rata mereka berumur 15-18 tahun.
2. 'Sugar daddy' yang mencari remaja lelaki umur belasan tahun untuk melepaskan nafsu terkutuk mereka.
3. Remaja awal 20an yang tidak segan share gambar sulit mereka tanpa seurat benang.
4. Bahasa lucah yang menjadi kebiasaan mereka. Sehingga saya sendiri tak faham beberapa istilah yang digunakan.
5. Kadang-kadang ada conservation antara mereka yang minta ahli group tengok story telegram mereka. Story telegram mereka lebih mengejutkan saya dengan gambar dan video yang tidak mampu untuk diceritakan.
Menurut guru itu, group tersebut mengandungi 8000 ahli dan majoriti ahlinya adalah remaja.
Selain itu, di dalam group juga, ada beberapa individu yang berkongsi sejarah hidup mereka yang menyebabkan mereka suka kepada sejenis. Antaranya adalah:
- Pernah diliwat senior, kawan, saudara atau pakcik.
- Pengaruh tontonan video lucah sesama rakan.
- Pengaruh asrama, sehingga jadi 'seronok' kepada gejala ini.
- Housemate yang kerap berpakaian separuh bogel, sehingga menarik 'minat'.
Perkongsian guru tersebut telah menarik perhatian ramai terutama golongan ibu bapa dengan masing-masing meluahkan kerisauan tentang anak-anak zaman sekarang.
Kredit: Facebook & Says Seismik