"Fitnah! Menjawab La Korang Nanti Dekat Akhirat!" - Penumpang Dakwa Driver Bas Hanya Betulkan Radio Box, Bukan Bercium

TERKINI
November 15, 2023 - 11:10 AM


Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang pemandu bas ekspres dipercayai seorang wanita sedang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pasangannya yang juga merupakan kakitangan syarikat bas ekspres berkenaan.

Menerusi keterangan video tular itu, perjalanan bas tersebut bergerak dari Terminal Larkin menuju ke Terminal Bersatu Selatan (TBS). Dalam perjalanan tersebut, menurut perakam, pasangan ini didakwa bercumbu. Selain itu, perakam juga mengatakan bahawa bas tersebut lambat tanpa memaklumkan kepada penumpang.

Namun, dakwaan aksi tak senonoh itu dinafikan seorang lagi penumpang bas yang menaiki bas tersebut bersama suaminya. Menurut @anisjey di X, ia adalah sebuah fitnah dan menegaskan perbuatan tidak senonoh yang didakwa itu tidak berlaku sama sekali. 

"Saya dan suami saksi kejadian dan seat kami betul-betul di belakang driver ini 

"Driver lelaki tersebut sedang betulkan sesuatu dekat radio box belakang seat driver itu. Jarak kami lagi dekat berbanding dengan perempuan kepam yang rakam ni," jelasnya.

Wanita itu juga berkata bahawa pemandu bas sudah memaklumkan dari awal kesesakan lalu lintas dari Ayer Keroh sehingga Larkin yang menyebabkan mereka akan lewat sampai ke destinasi dan sekaligus menepis dakwaan perakam yang menyalahkan pemandu.

"Driver dah inform masa pickup jammed teruk. Bas ni TBS-Larkin- TBS, non stop trips. Kesian, hujan lagi. Memang jammed tak putus-putus opposite jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin," katanya.

Aiyoooo, kenapalah suka fitnah orang macam ni, cubalah tanya dulu sebelum nak meluah dekat sosial media...

 

Sumber: The Reporter

Destination: