8 Tips Elak Ditipu Korang Kena Tahu Jika ke Mabul & Semporna Sabah

March 24, 2022 - 03:56 PM


Adat bila melancong tak semuanya indah, namun kenangan pahit seperti kena scam atau ditipu juga menjadi lumrah ketika bertandang di tempat orang. Bak kata orang dulu-dulu pergi tempat orang bawa otak jangan bawa pisau. 

Sebaikmana kita berwaspada pun, sampai satu detik mesti akan mengalami pengalaman yang tak diingini ini. Jadi jangan risau setidaknya kita sudah bersedia dan lakukan yang terbaik selebihnya terserah kepada pencipta.

Jika korang ke Semporna atau Mabul bolehlah cuba beberapa tips hasil perkongsiaan pengalaman oleh Nurulhuda Mdaris.

1. Tiket Air Asia macam biasa. InsyaAllah tak kan kena scam dgn Air Asia kecuali sewaktu pkpk semua Air Asia X kena scam dorang xde duit nak bayar.

2. Pastikan boatman yang korang bayar tu kenal atau ada kawan-kawan yang suggest kan. Kalau korang Google InsyaAllah kena tipu. (Actually ada je yang betul cuma kena siasat lebih sikit)

3. Sama juga dgn driver. Kalau tak nak kena tipu jgn bayar deposit..dekat airport banyak je driver tggu bole amik dari sana terus. Kalau small group lagi senan. Kalau yang big group tu meh la aku uruskan senang sikit..kang kena tipu fobia pulak kan.

4. Pakej or penginapan nak selamat ambil dari agoda ke apa apa platform booking bilik. Biasanya bilik saja yg kau booking aktiviti add on lain which is akan jadi mahal lah cerita dia sbb banyak add on masa disana..kena bawak cash lebih or maybe bole transfer online je waktu kau kat pengi akan tu nnti

5. Untuk sop dan segala tok nenek covid ni kat semporna sabah dh mcm biasa di semenanjung. Dia pun malaysia jugak. kikiki. xde apa apa yang perlu dirisaukan untuk masuk ke sabah..pastikan mysejahtera kau biru saja.

6.korg akan jumpa pakej2murah gila lah rm500 lah rm800 lah kan..untuk yg jenis murah2 ni dorg TIDAK TIDUR DIPULAU YE.. mereka akan tidorkan korg di jeti semporna yang mana xbest sgt pun kalau xmasuk pulau..masuk pulau seafood heaven gilak! Lepak pulau lagi best.

7. Untuk pembelian lobster dan ketam di pulau nego sampai habis..ahahahahah..1 ekor lobster dorg akan open harga rm100 sekor..bole nego sampai rm50-60 sekor xkira berat ke apa..ketam 15 ekor rm100 bole dpt..akan bergado gakla dgn dorg nk nego punya pasal.. mungkin akan dpt lagi murah tp pepandai lah bab ni

8.untuk pakej aktiviti pn bole nego dekat sana no worries..depends on berapa ramai group korg tu..lagi ramai lagi murah

Ni aku listkan berapa kerugian seorang untuk trip ni ye :

  • Air tiket : rm350 returned
  • Pakej : rm950 (harga tahun 2022 dh naik ye)
  • Donation : rm5
  • Seafood Feast : rm35
  • Shopping : rm300
  • Diving : rm200

Total : rm1835 (tapi pembayaran semua secara ansuran so xperlu lah pening2)

Sebenarnya walau ke mana kita pergi sekalipun, kita kenalah buat persiapan antaranya buat kajian tentang tempat yang korang nak pergi tu. Kalau tak yakin dengan diri sendiri untuk aturkan perlajalan korang boleh sahaja gunakan khidmat Travel Agent yang berdaftar. Kalau main redah je tanpa buat research dahulu janganlah bising kena tipu di kemudian hari. 

Destination: