Tips & Bajet Ringkas Trip Ke 'Jurassic World of Sarawak' di Bengoh Dam, Padawan

TRAVEL
March 30, 2022 - 03:13 PM


Highlight of this trip:

Bengoh Dam

Perjalanan dari Kuching mengambil masa 50 minit ke sejam. Kalau hujung minggu memang ramai orang, bersabarlah menunggu giliran masuk di pintu pagar. Ambil masa untuk tulis nama dan rekod suhu.

Kampung Sting

Naik bot selama 20 minit dan hiking lebih kurang 15-20 minit juga. Tiba di sini, perkampungan orang Bidayuh di atas bukit. Cantik, tenang dan nampak seluruh kawasan empangan dari sini. Turut ada homestay (RM 20 semalam) jika mahu bermalam di sini.

Klings/Curtain Waterfall

5 minit naik bot dari tempat mula pendakian Kampung Sting. Hiking dalam 30 minit. Kena lalu tiga jambatan buluh. Cantik sungguh air terjun ni.

Susung Waterfall

Hiking dalam 20 minit lagi dari Klings Waterfall. MashaAllah this is the highlight of this trip. Rasa macam dalam fairy tales, dalam Jurassic Park, dalam cerita Maleficient. Hilang ketaq kaki hiking setelah lihat pemandangan indah ini.

Kos (dikira dari Bintulu):

Flight Btu Kch Btu: RM 167 (Termasuk penginapan dua malam di Tune Hotel)

Hornbill's Nest: RM 66 (Tune Hotel jadi pusat kuarantin pula. AA mohon refund duit hotel kami)

Kereta sewa dan minyak: RM 90 + RM 40 / 3

Tour guide Bengoh Dam: RM 50 per pax

(Boleh whatsapp 013-8487730 Jacklin Simo atau search page Bayan Atuh Ecotourism)

Lain-lain (makan minum grab): RM 50

JUMLAH KESELURUHAN: RM 373.00

Tips and trick:

1. Mula hiking dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Boleh bungkus makanan siap-siap atau bawa bekalan secukupnya.

2. Disarankan pakai kasut adidas kampung/paya. Kalau kasut sukan biasa agak licin.

3. Jika pergi pada hujung minggu dan ramai orang, boleh cadangkan kepada tour guide untuk mula hiking di Kg Sting kemudian baru ke air terjun. Dapat elakkan dari kesesakan untuk ambil gambar. (biasanya akan ke air terjun dulu)

4. Tunggu kes covid-19 reda dulu. Buat masa sekarang, nak masuk Sarawak kena kuarantin 14 hari.

Boleh tengok lebih banyak gambar atau video di ig story highlight Jurassic World di sini: https://instagram.com/nizarlatif17

Perkongsian: Nizar Latif

Destination: