Setelah 88 Tahun, Hagia Sophia Bakal Adakan Solat Tarawih Pertamanya!

TERKINI
March 31, 2022 - 12:21 PM


Buat pertama kalinya dalam tempoh 88 tahun -- Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal diimarahkan dengan kehadiran jemaah yang akan menunaikan solat tarawih.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Sumber: BERNAMA

Destination: