Turki Kini Dalam Perintah Berkurung Penuh, Tapi Tidak Menjejaskan Pelawat

TERKINI
May 03, 2021 - 02:35 PM


Sebagai langkah keselamatan demi melindungi keselamatan orang awam daripada pandemik, kerajaan Turki telah mengumumkan kawalan dan penutupan tambahan bagi membendung penularan. Turki kini di bawah perintah berkurung penuh, bermula 29 April lepas, sehingga 17 Mei. 

Namun, pelawat asing yang berada di Turki untuk lawatan singkat serta bagi tujuan pelancongan dikecualikan daripada perintah berkurung tersebut, dan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka, dengan syarat perlu membawa pasport mereka bersama. 

Pengangkutan awam di Turki turut akan diteruskan dengan kapasiti 50%, dan muzium-muzium serta tempat bersejarah utama di sembilan bandar termasuk İstanbul, Antalya, Muğla dan Cappadocia akan dibuka kepada pelawat asing dalam tempoh perintah berkurung tersebut.

Perkhidmatan penginapan juga akan diteruskan kepada pengunjung dalam tempoh perintah berkurung, termasuk kemudahan makan, dan minum di dalam hotel. Operasi restoran dan kafe pula hanya terhad kepada perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang sahaja. 

Kedai-kedai yang menjual makanan pula dibenarkan beroperasi 24 jam sepanjang bulan Ramadan, dan selepas bulan Ramadan, hanya terhad sehingga jam 1 pagi. 

Sebelum ini, turki turut melancarkan program vaksinasi khas warga pelancongan yang melibatkan pekerja hotel, dan mana-mana sektor yang terlibat menerima pelancong bagi meyakinkan lagi pelancong antarabangsa untuk datang melancong ke Turki. Untuk baca lebih lanjut, korang boleh klik di sini

Destination: