Akhirnya, Satu Malaysia Kena Total Lockdown Bermula 1 Jun 2021
TERKINISelepas berbulan kita hidup separa-bebas dan pelbagai sektor ekonomi dapat dibuka, kita dapat ke pusat membeli belah pada hujung minggu, dan hidup berbulan-bulan dengan hari-hari kes meningkat dalam angka yang beribu.
Hari ini kita merekodkan kes jangkitan melebihi angka 8 ribu dan akhirnya, Perdana Menteri kita mengumumkan yang kita bakal berada di bawah full lockdown bermula 1 Jun 2021, sehingga 14 Jun 2021 dengan penutupan penuh sektor sosial, dan ekonomi.
Jadi apa yang korang perlu tahu tentang full lockdown ni? Haa, maksudnya dah tak ada window shopping setiap hujung minggu dan bersiar-siar di pusat membeli belah kerana yang buka hanyalah essential services seperti pasar raya, kedai barang keperluan, dan kedai makan bagi tujuan membungkus dan penghantaran.
Lockdown yang dikenakan ini merupakan Fasa 1, dan sekiranya berjaya mengekang penularan dengan efektif, Fasa 2 akan dilakukan di mana beberapa sektor ekonomi mampu dibuka semula sekiranya tidak akan melibatkan perhimpunan besar, dan boleh memastikan penjarakan fizikal terkawal.
Menurut tentatif, Fasa 2 akan dilakukan selama 4 minggu selepas tamat Fasa 1. Namun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang lain akan bergantung kepada keadaan semasa jangkitan dalam negara.
Menurut Perdana Menteri, Kementerian Kewangan juga akan memperincikan bantuan yang sepatutnya bagi membantu rakyat, dan sektor lain yang terkesan.
Kalau korang ingat, sebelum ni kita pernah dikenakan PKP penuh pada bulan Mac tahun lepas, dan kita berjaya STAY AT HOME untuk 3 bulan dan terbukti kes jangkitan menurun. Ayuh kita berkerjasama sekali lagi, dan semoga kita dapat kembali ke kehidupan kita yang asal!