Akhirnya, Pulau Pinang Bakal Miliki Tren LRT!

TERKINI
July 24, 2019 - 05:18 PM


Seperti yang kita tahu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk bercuti di Malaysia.

Malah baru-baru ini juga sebuah portal, International Living menyenaraikan Pulau Mutiara itu antara 10 destinasi terbaik yang paling berbaloi untuk dilawati di dunia!

Selain memiliki pantai yang indah, ia juga merupakan destinasi kegemaran untuk pelancong mengetahui kepelbagaian sejarah Malaysia, membeli-belah dan menikmati juadah yang lazat.

Apa yang lebih menarik, selepas ini Pulau Pinang juga bakal memiliki tren Transit Aliran Ringan (LRT) Komtar-Bayan Lepas yang sudah pasti akan lebih memudahkan pergerakan pelancong untuk berjalan-jalan di sana.

Menurut The Rakyat Post, cadangan projek LRT itu telah pun diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan dan dijangka bakal dibina bermula tahun hadapan.

Jaluran rel LRT itu nanti akan meliputi 29.5 kilometer dengan 27 stesen, bermula dari Komtar menuju ke Jelutong, Gelugor, Bayan Lepas dan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta berakhir di projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR).

Projek LRT itu akan mengambil masa antara 6 hingga 8 tahun untuk disiapkan dan Kerajaan Negeri juga bakal mengadakan satu pemeriksaan awam selama tiga bulan bermula pertengahan Ogos ini bagi mengumpul maklum balas orang ramai mengenai projek berkenaan.

Jadi, sama-sama kita nantikan adakah projek LRT Pulau Pinang itu nanti akan lebih canggih dan efisien daripada LRT di ibu negara...tungguuuu!