Rindukan Krabi? 5 Hotel Di Krabi Yang Berbaloi Untuk Anda Shortlist!
Krabi yang terletak di selatan Thailand sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia terutamanya negara Eropah yang gemarkan cuaca tropika.
Tidak hanya itu, Krabi cukup popular kerana keindahan pulaunya, air laut yang jernih selain pemandangan yang mempersonakan membuatkan ia menjadi destinasi pilihan. Selain dari keindahan alam, Krabi mempunyai pelbagai tarikan yang menepati citarasa pelancong.
Dalam usaha menggalakkan industri pelancongan terutama di wilayah selatan, kerajaan Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.
Jom kira checkout lima hotel di Krabi yang korang boleh cuba!
1. Banyan Tree Hotel
Hotel yang menghadap Laut Andaman ini terletak di Pantai Tab Kaek di mana lokasinya sangat strategik untuk pelancong menikmati air laut yang membiru dan pasir putih.
Di Banyan Tree Hotel juga terdapat spa kelas dunia yang menawarkan pelbagai rawatan untuk memanjakan diri ketika bercuti.
2. Amari Vogue Krabi
Hanya 40 minit perjalanan dari Bandar Krabi, hotel ini cukup sesuai untuk mereka yang suka makan, beli-belah dan kemeriahan pada waktu malam.
Hotel berkonsepkan kontemporari ini masih mengekalkan rekaan rumah tradisional Thailand dengan suntikan moden.
3. Sofitel Krabi Phokeethra Golf and Spa Resort
Hotel ini cukup sesuai untuk pencinta alam yang inginkan pemandangan hutan, batu kapur dan lautan terbentang luas. Di Sofitel Krabi ini juga turut menempatkan kolam renang terbesar di Thailand.
Selain itu, di hotel ini juga menempatkan sebuah padang golf bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti riadah. Paling penting terdapat kelas memasak!
4. Rayavadee Krabi
Resort mewah berbentuk segi tiga ini menyajikan tiga pemandangan pantai sangat mengagumkan iaitu Pantai Railay, Pantai Ao Nam Mao dan Pantai Phra Nang.
Bagi memastikan keindahan pantai ini sentiasa terjaga, ia diletakkan di bawah jagaan Taman Negara Krabi Marine.
5. Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi
Menarik mengenai hotel ini, ia hanya boleh diakses menggunakan bot namun perjalanannya cukup berbaloi. Apa tidaknya, keindahan flora dan fauna menanti pengunjung sebaik tiba di jeti.
Hotel lima bintang ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti mendaki berdekatan Pantai Aonang selain berkayak, menyelam dan sebagainya.