Sajat Dikecam Tunjuk "Passport Baru" Ini Perbezaan Pas Pelarian Dengan Dokumen Perjalanan

GAYA HIDUP
April 18, 2022 - 03:53 PM


Walaupun berada jauh di negara kanggaro nama Sajat masih lagi tidak pernah hilang dari bualan rakyat Malaysia. Teruja dengan perkongsian yang dia kini sudah menerima ‘pasport’ di Australia mengundang kecaman apabila "passport" yang diterimanya dikatakan hanyalah pas pelarian. 

Bukan itu sahaja, status yang dimuatnaik olehnya juga dikatakan sebagai memperbodohkan orang apabila tidak tahu beza antara passport dan juga pas pelarian. 

Selain itu, Sajat juga mengakui tidak sabar untuk kembali terbang bagi menguruskan bisnesnya yang sedang mekar di bumi kangaru itu.

“Boleh tengok di Google pasport awak tu ada palang-palang di tepi passport, itu hanyalah pas documents perjalanan untuk Status Refugee. Kalau passport citizens lain Jat, jangan lah nak perbodoh kan orang,” tulis seorang netizen.

“Memang dia refugee pun. Sama juga macam orang orang luar yang dibantu Malaysia. Siap ada IC merah. Takda isu apa pun pasal kerakyatan ni,” katanya.

Terdahulu, Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.

Dokumen Perjalanan (Passport)

Paspot ialah dokumen perjalanan yang menentukan dan menetapkan pengenalan diri pengembara. Oleh itu, pasport mempunyai butiran mengenai kewarganegaraan dan tempat kelahiran. Untuk menjadi lebih tepat, pasport mengandungi nama pemilik, jenis kelamin, tarikh lahir, tempat kelahiran, kewarganegaraan, dan profesion. Dengan maklumat ini, sesiapa sahaja boleh mengetahui kewarganegaraan dan identiti pemilik pasport. Pasport juga mengandungi butiran pihak berkuasa yang mengeluarkan, tempat isu, dan tempoh sah.

Penting untuk diperhatikan bahawa kerajaan negara mengeluarkan pasport individu sebagai dokumen perjalanan. Dokumen ini menetapkan kewarganegaraan dan identiti pemegang dokumen itu. Anda akan mengetahui dengan baik beberapa jenis pasport utama seperti pasport biasa, pasport rasmi, pasport diplomatik, pasport sementara, pasport keluarga, pasport penyamaran dan, tentu saja, pasport fantasi, yang bukan dokumen perjalanan undang-undang tetapi adalah jenis cenderahati.

Pas Pelarian atau ‘refugees’

Pelarian atau ‘refugees’ merupakan satu terma yang hanya muncul sekitar tahun 1951. Sebelum itu golongan yang lari dari negara untuk mendapatkan perlindungan di negara lain diberi gelar stateless people dan migrants. Setiap negara penerima yang didatangi golongan ini memberi layanan berbeza kepada golongan ini. Disebabkan jumlah pelarian yang meningkat disebabkan Perang Dunia II terutamanya di benua Eropah maka kerjasama dibuat untuk memberi perlindungan kepada pelarian-pelarian tersebut. Maka dibentuk The 1951 Convention Relating to the Status of Refugees and its 1967 Protocol yang juga dikenali sebagai Konvensyen berkaitan refugees.

Menurut United Nations Convention Relating to the Status of Refugees, Article 1(A)(2) tahun 1951 pelarian ditakrifkan sebagai seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas faktor bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dibanjiri golongan yang berstatus refugees dari pelbagai negara seperti Afghanistan, Myanmar, Somalia, Sri Lanka, Palestin, Selatan Filipina dan Vietnam. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menandatangai United Nations Convention Relating to the Status of Refugees, Article 1(A)(2) dan ini menimbulkan masalah dalaman kepada negara ini.

Walaubagaimanapun jika memang betul Sajat dapat Passport betul tahniahlah jat...