Port Glamping Baru! Ada Air Terjun Dan Kolam Renang!

April 21, 2022 - 12:43 PM


Trend yang bermula pada tahun 2020 semakin mendapat tempat di hati kaki travel terutamanya di Malaysia. Trend apa tu? Sudah semestinya Glamping! 

Lokasi glamping kali ini berada tidak jauh dari ibu kota. Dengar cerita siap ada sungai, swimming pool dan flying fox! The Hootan Retreat adalah port glamping yang cukup sempurna untuk satu nature getaway bersama kawan-kawan, keluarga dan yang tersayang! 

Khemah yang berbentuk dome disempurnakan lagi dengan hiasan dalaman yang cukup cantik! Dome yang disediakan juga mampu menerima cahaya semulajadi dari matahari so memang cerah bila di waktu siang. Seronoknya bermalam dikelilingi hutan hijau!

Selain dari itu, ada khemah 'honeymoon' yang siap dengan satu private outdoor jacuzzi dan juga beberapa dome yang siap dengan katil double atau pun katil berasingan.

Dome mereka juga lengkap dengan air cooler, jadi jangan risau memang takkan panas. Selain itu antara kelengkapan disediakan adalah cermin, towel, peralatan mandian, air minuman, payung dan juga almari.

Kalau korang bercuti dengan geng korang yang ramai, korang boleh pilih antara dua villa, mampu menampung dari 8 sehingga 10 orang.

Villa yang tersedia juga tidak kurang hebatnya. Villa dua tingkat lengkap dengan satu outdoor swimming pool, dapur, perkakas barbeku, aircond dan juga satu dek untuk korang bersantai menikmati permandangan.

Villa yang kedua pula tampil dengan konsep yang lebih terbuka, jadi memang sesuai kalau korang nak hang out dengan kawan-kawan.

Aktiviti yang boleh anda lakukan:

  1. Memanah
  2. Jungle trekking ke Bukit Sawa 
  3. Lawat air terjun (30 minit dari The Hootan Retreat)
  4. ATV
  5. Flying fox
  6. Karaoke
  7. Camfire
  8. Barbeku

Kalau korang malas nak masak, korang boleh makan di cafeteria yang disediakan. Sedia berkhidmat untuk makan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Yang patut korang cuba adalah signature dish mereka iaitu nasi daun pisang!

Alamat:

Lot 2773, Jalan Kuala Klawang,
Mukim Pertang, Negeri Sembilan 72300 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk tempahan atau maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi The Hootan Retreat atau terus hubungi mereka di Whatsapp 019-208 0633.

Destination: