MAPS Perak Kini Jadi "Zombieland"

TERKINI
May 17, 2022 - 02:49 PM


Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, taman tema  Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak sudah hampir 2 tahun tidak beroperasi. Kini, viral keadaam terkini taman tema tersebut.

Untuk pengetahuan anda, taman tema tersebut ditutup kerana mengalami kerugian yang tidak dapat dibendung. Terbaharu, sebuah video yang memaparkan keadaan terkini dalam taman tema MAPS telah tular di media sosial.

Dapat dilihat kawasan tersebut tidak terurus tetapi permainan yang ada kelihatan masih lagi dalam keadaan baik. Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan MAPS Ipoh.

Sayang betul, taman tema ini cukup berpotensi menjadi tarikan pelancong. Di mana silapnya?

Destination: