Arca Ikonik Zidane "Tanduk" Pemain Itali Dipasang Semula Menjelang Piala Dunia Qatar!
Qatar merancang untuk memasang semula arca pemain bola sepak Perancis-Algeria, Zinedine Zidane dalam keadaan menanduk bola (headbutt) semasa perlawanan final Piala Dunia 2006.
Ia selepas arca itu dinyah bina pada 2003 susulan kritikan orang awam yang menyifatkan arca tersebut sebagai mempromosikan penyembahan berhala dan menggalakkan keganasan.
Kritikan terhadap arca gangsa berukuran 5 meter yang digelar 'Coup de Tête' dinyah bina beberapa hari selepas orang ramai di negara Islam itu tidak menyenangi pemasangan tersebut.
Ketika ini, arca itu akan dipasang semula di muzium sukan baharu di Doha, yang menganjurkan Piala Dunia bola sepak akhir tahun ini.
Arca yang dihasilkan oleh artis Perancis kelahiran Algeria, Adel Abdessemed itu menggambarkan detik masa tambahan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 apabila Zidane menanduk pemain Itali, Marco Materazzi.
Sheikha al-Mayassa turut memaklumkan tujuan utama pemasangan semula arca tersebut adalah untuk memberi kesedaran awam berkenaan tekanan terhadap atlet dan kepentingan menangani isu kesihatan mental.
Nampak gayanya kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai!