"Jangan Buat Keputusan Tergesa-gesa" Sultan Selangor Titah Benarkan Festival Bon Odori, Dengan Pemantauan JAIS

TERKINI
June 09, 2022 - 10:42 AM


Hangat menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia tentang penganjuran pesta budaya Jepun Festival Bon Odori yang sering diadakan setiap tahun apabila posternya memaparkan karakter anime memakai hijab.

Ditambahkan lagi dengan kenyatan menteri di Jabatan Agama Perdana Menteri yang mengatakan festival tersebut mempunyai unsur keagamaan sekaligus menasihatkan orang Islam untuk tidak hadir memeriahkan festival tersebut.

Disebabkan Festival Bon Odori ini bakal dijalankan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak berkenan jika sesuatu keputusan dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga turut menitahkan pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke festival tersebut bagi melihat sendiri apa yang berlaku sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.

Destination: