'Sejuk Hati Tengok Content Macam Ni' - Netizen Puji Video TikTok Pemuda Ini Ajak Sambung Ayat Al-Quran Dapat RM50

TERKINI
September 27, 2022 - 10:56 AM


Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini demi mengejar views dan engagement content di media sosial, terlampau banyak video dan cerita-cerita negatif, toksik malah berunsur aib dan seksual dipaparkan bagi menarik perhatian netizen.

Sehingga kadang-kala kita yang melihatnya pun naik menyampah dan sesak dada dibuatnya.

Namun dua hari lepas -- ada sebuah video yang sangat menyejukkan hati dan telinga sesiapa yang mendengarnya apabila seorang anak muda berkongsi video dirinya mengajak orang awam untuk menyambung bacaan surah Al-Quran serta menghadiahkan RM50 sebagai ganjaran sekiranya berjaya.

Memilih lokasi yang menjadi kunjungan ramai iaitu di Dataran Merdeka, pemuda tersebut yang juga seorang tahfiz serta personaliti media sosial di TikTok dikenali sebagai Abdul Qawiy tampil membuat satu cabaran yang 'rare' dan menarik.

Siapa Dapat Sambung Bacaan Al-Quran Akan Dihadiahkan RM50

@abdqawiyaro sambung ayat Quran dapat rm50 🥰🫶🏼 @TVAlhijrah #quranrecitation #jomngajisikit ♬ original sound - Abdul Qawiy

Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (Abdul Qawiy) -- pemuda ini mengajak orang ramai untuk menyahut cabarannya menyambung ayat Al-Quran yang dibacakan.

Mereka yang berjaya menyambung bacaan tersebut akan dihadiahkan sejumlah wang RM50.

Pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki cuba untuk menyambung surah Al-A’la yang dibacakan tetapi tidak berjaya.

Kemudian, bapa kepada kanak-kanak itu pula tampil menggantikan anaknya untuk menyambung surah berkenaan. Kalau anda dengar betul-betul, bacaan Al-Quran oleh pakcik itu memang cukup lunak dan merdu.

Sudah pastinya content positif seperti ini mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai Minta Lebih Banyak Content Positif Seperti Ini 

Menjengah ke ruangan komen -- rata-rata netizen memuji content berunsur positif yang dihasilkan pemuda ini.

Kita yang dengar pun sejuk hati. Alang-alang sambil tengok TikTok, boleh juga kutip pahala.

Malah, ramai juga yang memuji kelunakan bacaan Al-Quran oleh bapa kepada kanak-kanak di dalam video tersebut.

Siap ada yang cakap bacaannya seperti Imam di masjid.

Seronok pula dengar pakcik itu baca al-Quran. Kita yang dengar pun tak bosan. Tengok video macam ini berulang kali pun tak apa.

Destination: