[VIDEO] "Nasib Pengantin Sedar, Kalau Tak Bapanya Yang Nikah" - Wali Perempuan Gementar Sampai Tersasul Sebut Nama

TERKINI
January 17, 2023 - 02:58 PM


Dalam kehidupan seorang lelaki, selain berkhatan -- saat akad nikah juga antara detik yang paling mendebarkan seumur hidup.

Buat kebanyakan lelaki saat-saat ketika bersalaman dengan wali mahupun tok kadi ketika ijab dan kabul pasti menerbitkan rasa gementar yang teramat sangat. Malah perasaan sama juga kadang-kala turut dirasai oleh ahli keluarga dan tidak kurang bagi pengantin perempuan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Tiktok -- ada satu gelagat pernikahan ini bukan pengantin lelaki yang dilihat gementar tetapi bakal ayah mentuanya yang terlebih 'nervous' sehingga tersasul menyebut nama ayah kepada pengantin lelaku tersebut.

Dalam video berkenaan, kelihatan pengantin lelaki sedang bersiap sedia untuk melafazkan ayat lengkap untuk menghalalkan pilihan hati.

Walau bagaimanapun, riak wajah pengantin lelaki serta merta berubah apabila ayah mentuanya tersalah menyebut nama ayah kepada pengantin lelaki tersebut.

"Eh ehh itu nama ayah saya."

@apexpetai95 Alhamdulillah 🤲🏻 semuanya berjalan dgn lancar❤️🤭 #akadnikah #nikahmuda #fypnikahmuda ♬ Laxed - Jawsh 685

Hal itu membuatkan riuh dengan gelak tawa daripada para keluarga dan tetamu yang hadir. Pengantin lelaki juga menerima pujian kerana sikapnya yang kekal tenang dan sopan ketika menegur silap ayah mentuanya.

Rentetan daripada itu, proses akad nikah dilakukan sekali lagi bagi mengesahkan pasangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut dan sempat berseloroh mengenainya.

Sumber: Tiktok @apexpetai95

Destination: