"Mana Ada Bercuti, Pergi Bali Sebab Kerja La!" - Nad Zainal Saja "Kantoikan" Diri

TERKINI
October 12, 2022 - 05:03 PM


Selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Memetik Kosmo, Nad berkata dia sama sekali tidak bermaksud mahu mendabik dada sebaliknya hidupnya tetap gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

Namun para peminat ramai mengatakan yang beliau pergi bercuti dengan pelakon dan pengarah Ungku Ismail Aziz di Bali! Peminat pun apa lagi, terus buat spekulasi yang mereka bercinta.

"Saya nak tegaskan, pergi luar negara bersama itu atas urusan kerja dan bukan saya seorang."

Demikian kata pelakon terkenal Nad Zainal susulan gambar bersama pelakon Ungku Ismail Aziz ketika berada di Bali, Indonesia, baru-baru ini menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

Kekerapan kedua pelakon itu membuat hantaran di Instagram masing-masing membuatkan ramai beranggapan keduanya sedang menjalin hubungan cinta.

Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia bersama Ungku ke Bali atas tujuan kerja bagi menjalani penggambaran Travelog saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ.

"Dengan Ungku memang tak ada apa-apa. Sekarang saya sedang mengusahakan satu saluran YouTube. Sebenarnya dia mula tawarkan dari awal tahun. Jadi, kami ada visi dan misi yang sama iaitu nak buat kandungan YouTube, travelog dan nak ada syarikat bersama. Jadi, harapnya ia terjadi. Kami juga ada perancangan nak terbitkan telefilem bersama. Banyak kerjasama dan projek.

"Ketika pergi Bali, pembantu peribadi saya pun ikut. Malah, kalau kami keluar memang akan cakap keluar bersama, tak ada masalah. Bukan nak bercinta, kami pergi memang akan cakap tak ada nak selindung. Jadi, tak ada istilah pergi bercuti sebab nak 'kantoi', itu tak. Kami pergi memang nak 'kantoikan' diri pun dan nak orang tengok," katanya kepada Harian Metro.

"Kami mudah 'ngam' sebab dia ada misi dan seorang yang bekerja keras. Saya juga minat untuk menulis dan mengarah jadi kami ada satu persamaan. Dari segi lakonan juga lebih kurang sama jadi ia senang.

"Selepas ini perancangan untuk buat travelog di Phuket, Thailand dan Seoul, Korea Selatan. Kami pun sekarang sedang mencari kerjasama macam Air Asia dan sebagainya. Kami memang nak teruskan lagi perkara ini. Tak ada istilah nak sorok-sorok, memang kami tunjuk pergi melancong bersama sebab kerja," katanya.