Influencer Singapura Dipenjara, Gara-gara Beraksi Lucah Di Onlyfans
TERKINIMahkamah Singapura mengenakan denda sebanyak S$ 3,000 (RM 14,074.50) keatas Titus Low, 22, kerana berkongsi gambar dan video lucah di laman web dewasa, OnlyFans. Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga minggu kerana melanggar perintah polis untuk tidak mengakses akaunnya.
Kes itu telah mencetuskan kebimbangan mengenai implikasi jenayah terhadap pencipta kandungan OnlyFans di negara itu.
@tituslow Replying to @Prrrth ♬ original sound - Titus Low
Di Singapura, perbuatan menghantar bahan lucah secara elektronik dan mengambil bahagian atau menerima keuntungan daripada perniagaan dimana bahan itu dihantar adalah menjadi suatu kesalahan undang-undang.
Memetik laporan BBC, peguam Low, Kirpal Singh berkata “kes ini pastinya telah menjadi kes pertama yang disabitkan, dan sebagai amaran kepada pengguna OnlyFans lain bahawa mereka bakal berdepan akibat yang sama,”
Low telah ditangkap pada Disember 2021 selepas seorang wanita menemui salah satu video lucahnya pada telefon anak saudara perempuannya yang berusia 12 tahun, dan langsung membuat laporan polis.
Beliau juga seorang model dan influencer terkenal Singapura dengan lebih 210,000 pengikut media sosial itu menyertai OnlyFans pada bulan April tahun tersebut.