Wartawan TV3 Tidak Beretika, lbu Terkilan Rupanya Banyak Info Yang Tidak Disiarkan

TERKINI
October 30, 2022 - 03:47 PM


Kisah seorang remaja perempuan membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan kematian menjadi bualan panas ramai lebih-lebih apabila ibu mangsa muncul dalam sebuah  siri televisyen realiti jenayah tersohor Malaysia iaitu 999 yang disiarkan di TV3.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, sikap keterbukaan ibu kedua-dua remaja terlibat itu menimbulkan rasa kurang senang da tidak dipersetujui oleh peguam, Asiah Abd Jalil.

Terbaharu, peguam berkenaan memberitahu ibu mangsa terlibat menelefonnya bagi menceritakan hal sebenar yang berlaku kerana ditemubual oleh wartawan.

Dan, dia tidak tahu menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh wartawan berkenaan adalah satu kesalahan.

Jelas wanita berkenaan, tujuan dia menjawab segala persoalan diajukan oleh wartawan berkenaan hanyalah dengan satu niat sahaja iaitu mahu netizen menghentikan sebarang kecaman dan kritikan terhadap anak perempuannya.

“Saya sayang anak saya, Puan. Saya ke sana ke mari untuk mendapatkan peguam untuk dia. Bergolok bergadai, demi Allah niat saya kuat unyuk bercakap depan media adalah kerana saya nak orang hentikan kecaman terhadap kakak,”ujar wanita berkenaan kepada Asiah.

Dalam masa sama, wanita berkenaan meluahkan rasa terkilan kepada Asiah apabila banyak informasi yang diberitahunya dalam temubual berkenaan tidak disiarkan dalam program berkenaan.

“Temubual berlangsung agak panjang. Macam-macam yang ibu tersebut katakan sepanjang temubual. Tapi tidak disiarkan oleh TV3.

“Berkenaan siaran rancangan 999 di TV semalam, saya boleh katakan, wartawan TV3 sangat tidak beretika. Menanguk di air keruh, edit content yang sensasi sahaja demi mengejar rating tinggi,”tulis Asiah.

Sekadar info, hari ini remaja berusia 17 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian adik lelakinya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.