Lama Memendam Rasa, Akhirnya Ziana Zain Dedahkan Sesuatu Mengejutkan Sebelum Bekas Suami Ditangkap Polis

TERKINI
October 30, 2022 - 08:19 PM


Baru-baru ini, penyanyi berbakat besar, Ziana Zain dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara Next To Neelofa berkongsi kisah suka duka dalam rumah tangga.

“Ayah pukul adik,”ujar salah seorang anak Ziana Zain sebelum dia pergi melihat di bilik.

Apa yang membuatkan dia bertambah nekad apabila lelaki tersebut kantoi tidak setia apabila Ziana terbaca beberapa kiriman mesej menerusi telefon pintar.

Dalam masa sama, Ziana memberitahu dia sangat berkecil hati apabila suaminya pada ketika itu mengatakan dia sudah tidak hairan dengan dirinya.

“Saya rasa langsung tak dihargai walapun selepas bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya,”luah Ziana.

@seorangnur Isteri mana yang tak kecewa kena macam ni lagi bila sentuh anak anak 🥺 #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Putus Terpaksa - Ziana Zain

Malah, Ziana meluahkan kehairanan apabila dia menjaga penampilan diri luar dan dalam demi suaminya, namun lain pula balasan yang diterima.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai turut bersimpati dengan nasib menimpa pelatun lagu berjudul Madah Berhelah ini.

Malah, mereka juga mengatakan tempoh perkahwinan 20 tahun itu bukanlah sesuatu masa yang singkat, sebaliknya lama.

Terdahulu, Ziana pernah mendedahkan bekas suaminya pernah mencilikan kemaluan dan dubur anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana dan Armin Zaharin Ahmad Zambri bernikah pada Mei 1998 dan bercerai pada 12 Julai 2018 lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, Muhammad Ammar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 13.

Sumber: Kosmo