Susulan Tiada Pengumuman Cuti Esok, Trafik Mulai Sesak di Lebuh Raya Utara Selatan

TERKINI
November 20, 2022 - 11:59 PM


Susulan tiada pengumuman cuti esok, banyak kenderaan dilihat berasak di lebuh raya utama sejak tengah hari tadi.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam laporan melalui Twitter rasminya berkata, Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E2, trafik perlahan bermula dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi terus ke Persimpangan Port Dickson.

LLM berkata, lorong laluan ‘SmartLane’ diaktifkan dari Kilometer (Km) sehingga Km 263.1 arah Utara dari Persimpangan Port Dickson Utara ke Seremban.

Seterusnya, trafik juga perlahan bermula dari Yong Peng ke Simpang Renggam terus ke Kulai.

Beralih ke aliran trafik Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E1, pertambahan kenderaan dari arah Selatan juga menjadi punca trafik sesak.

“Kenderaan bergerak perlahan bermula dari kawasan Pendang ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai dan Ipoh Utara ke Hentian Sebelah Simpang Pulai.

“Turut alami trafik sesak, bermula sekitar Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gua Tempurung ke Sungkai, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Tagar ke Rawang,” kata LLM.  – KOSMO! ONLINE.

Trafik sesak 13.1km dari Lanchang ke Karak

Aliran trafik lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan semakin sesak.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam laporan melalui Twitter rasminya berkata, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih mengalami alami trafik perlahan arah ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurut LLM, kenderaan bergerak perlahan sepanjang 14km dari Karak ke Bentong, 12km dari Bentong ke Bukit Tinggi dan sejauh 15.5km dari Genting Sempah ke Gombak setakat pukul 6.36 petang tadi.

Sementara di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), trafik sesak sejauh 13.1km dari Lanchang ke Karak arah Barat, Kuala Lumpur,

Sehubungan dengan itu, LLM menasihati mereka yang bergerak pulang ke ibu kota agar berhati-hati ketika memandu. -KOSMO! ONLINE.