Casa Menanti - Port 'Healing' Terbaru Di Negeri Sembilan Berkonsep Minimalis
TRAVELKalau korang perlukan sebuah tempat percutian untuk rehat seketika daripada kesibukan kerja atau mencari port 'healing' yang tak jauh dari ibu kota -- korang boleh cuba menginap di sebuah chalet yang cukup menenangkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan ini.
Hanya mengambil masa pemanduan sekitar sejam setengah sahaja dari Kuala Lumpur, korang bakal terpesona dengan suasana desa dan pemandangan yang serba hijau dikelilingi alam semulajadi.
Chalet terbaharu yang dimaksudkan adalah CASA MENANTI yang terletak di No 1, Kampung Lereng, Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Memiliki keseluruhan 6 buah chalet berbentuk kabin -- Casa Menanti juga menampilkan konsep penginapan moden dengan warna tema putih yang cukup cantik.
Casa Menanti turut dilengkapi dengan 2 jenis kolam renang dengan kedalaman yang bersesuaian untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak.
Percutian di Casa Menanti ini pastinya bakal memberikan kenangan terindah kerana korang bayangkanlah buka sahaja pintu bilik terus dapat menikmati pemandangan kolam renang, nak terjun berenang pun boleh!
Khabarnya sewa sebuah bilik chalet untuk satu malam berharga RM350 beserta sarapan pagi.
Sebuah bilik boleh memuatkan 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Fasiliti penginapan di Casa Menanti juga cukup lengkap apabila turut disediakan satu unit katil bersaiz King / Queen, pemanas air dan penyaman udara.
Malah, kalau korang nak buat aktiviti barbeku Casa Menanti juga menyediakan pit BBQ dengan mini pantry. Selain itu kemudahan penapis air Cuckoo, peti ais dan juga tempat meletak kereta secara percuma juga ada khas buat tetamu.
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai tempat percutian terbaharu ini, korang boleh Whatsapp di nombor 019-551 1884 atau ikuti mereka di Instagram Casa Menanti.