3 Sungai Di Selangor Dah Jadi Hotspot Lemas!

GAYA HIDUP
January 11, 2023 - 04:57 PM


Perkelahan dengan insan tersayang sepatutnya jadi momen indah untuk dikenang. Namun, anda perlu peka akan faktor keselamatan tempat perkelahan dan juga menitik beratkan keselamatan diri dan keluarga anda.

Tiga lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap melaporkan kejadian kes mati lemas dan terperangkap dalam kepala air sepanjang 2020 hingga 2022.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis tiga lokasi tersebut adalah 

1. Sungai Batang Kali

2. Sungai Chiling 

Sumber dan Kredit: libur.com.my

3. Sungai Pertak

"Secara umumnya, kesemua sungai atau jeram berisiko untuk berlaku kepala air atau berlaku insiden lemas namun begitu jika dikategorikan sebagai lokasi hotspot (titik panas), ia adalah (lokasi di mana) kejadian yang berlaku lebih dari sekali," katanya kepada Bernama.

Berdasarkan statistik, sepanjang tempoh itu sebanyak 15 kes mati lemas dan enam kes terperangkap dalam kepala air dilaporkan di Selangor melibatkan 10 kawasan rekreasi di sungai, air terjun, hutan lipur dan lata.

Daripada jumlah itu, katanya, Sungai Batang Kali mempunyai rekod kes lemas paling tinggi iaitu sebanyak lima kes dan empat kes melibatkan mangsa yang terperangkap dalam kepala air.

Justeru, Norazam menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan berwaspada terhadap tanda-tanda kepala air sebelum memulakan aktiviti perkelahan atau sebarang aktiviti rekreasi berdekatan sungai.

"Sekiranya terperangkap di kepala air, hubungi pasukan penyelamat atau tunggu sehingga kepala air reda dan jangan sekali-kali menyeberangi sungai pada waktu itu," katanya.

 

Destination: