Nak Bercuti Ke Thailand Korang Bakal Dicaj RM39 Yuran Pelancong, Bermula Jun

TRAVEL
January 12, 2023 - 03:26 PM


Thailand merancang mula mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula bulan Jun depan.

Difahamkan, yuran tersebut akan digunakan untuk membantu pelancong terbabit dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelancongan.

Bagaimanapun menurut Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn -- yuran berkenaan tidak akan dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan.

Cadangan tersebut mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini.

Untuk rekod pada tahun 2019, Thailand menerima kemasukan 40 juta pelancong ke negara itu.

Sumber: The Straits Times

Destination: