[VIDEO] "Sakitnya Kena Tikam Pakai Sabit" - Ramai Geram Tengok Pengendali Gajah Di Thailand Seksa Haiwan Demi Pelancong
TRAVELThailand yang juga diberi jolokan sebagai 'negara gajah putih ' -- sememangnya terkenal dengan ikonik haiwan tersebut yang turut dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancong.
Justeru tidak hairanlah pelancong dari serata dunia yang berkunjung ke Thailand pasti tidak melepaskan peluang untuk melawat ke kawasan yang penuh dengan kawanan gajah bagi melihat haiwan tersebut dari jarak dekat.
Selain memberi gajah makan dan minum, ada juga aktiviti yang berasaskan gajah turut dijalankan oleh pihak Thailand bagi menarik lebih ramai pelancong mendekati gajah.
Antaranya menunggang gajah dan mandi bersama haiwan berkenaan.
Namun disebabkan ada beberapa kes pelancong yang dianggap terlalu berat untuk dibawa oleh gajah -- ramai yang menggalakkan agar aktiviti menunggang gajah hingga menyebabkan haiwan tersebut terseksa adalah patut dihentikan.
Tetapi, baru-baru ini viral sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pengendali gajah tempatan dilihat melakukan penyiksaan terhadap haiwan berkenan dan ia telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengawal menunggang di atas badan gajah sambil mengarahkan gajah itu dengan menggunakan sebilah sabit yang tajam.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan ramai yang menontonnya berasa marah dan kecewa apabila gajah berkenaan diseksa serta didera sedemikian rupa, hanya semata-mata untuk menghiburkan pelancong.
@tataehyung32 Kalau nampak haiwan buat kerja manusia, jangan support
♬ suara asli - DENII
Pernah tular sebelum ini, seekor gajah cacat kekal kerana telah membawa pelancong di Thailand selama 25 tahun. Oleh sebab itu, ramai digalakkan untuk elakkan aktiviti menunggang gajah.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 86K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: