[VIDEO] "Nak Check-In Hotel, Tapi Takut Ada Yang Menghendap?" - Ini Tips Apa Yang Patut Korang Periksa Terutama Kaum Wanita

TRAVEL
August 21, 2023 - 05:27 PM


Setiap orang terutamanya kaum Hawa harus sentiasa berwaspada dengan ancaman daripada mereka yang berniat serong.

Lebih-lebih lagi apabila mereka perlu menginap di hotel atas urusan kerja atau untuk melancong.

Walaupun kelihatan selamat, tetapi ruang hotel juga boleh menjadi lubuk untuk lelaki berhidung belang mengambil kesempatan.

Melalui satu perkongsian di TikTok, Mirzan Johor menggariskan beberapa langkah keselamatan yang sewajarnya diamalkan para wanita ketika hendak check-in ke dalam bilik hotel.

1) Masukkan Gelas Pada Tombol Pintu Di Bahagian Dalam

Teknik ini berfungsi sebagai penggera awal sekiranya ada seseorang hendak menceroboh masuk ke dalam bilik hotel.

Apabila tombol pintu itu dipulas dari luar, gelas berkenaan akan terjatuh ke lantai dan pecah, sekali gus menghasilkan bunyi yang kuat.

Misalnya ketika itu anda sedang tidur nyenyak, bunyi gelas kaca yang pecah itu akan menyebabkan anda terbangun dan kemudian bertindak segera sebelum terlambat.

Selain itu, bunyi gelas kaca pecah juga akan mengejutkan penceroboh dan mampu menakutkannya dari meneruskan cubaan untuk memecah masuk bilik hotel.

2) Letak Jari Pada Cermin Di Dalam Tandas

Pastikan pantulan jari anda di dalam cermin tidak bertemu dengan jari anda di luar.

Jika jari anda bertemu, itu bermakna ada ruang kosong di sebalik cermin berkenaan, seperti sebuah tingkap.

Ada kemungkinan diletakkan kamera di sebalik 'cermin' tersebut untuk merakam aktiviti anda di dalam tandas, sentiasa berhati-hati!

3) Buat Pengesanan 'Spy Cam'

Sungguh merunsingkan jika ada kamera tersembunyi dipasang di dalam bilik hotel, jangan risau kerana ada cara mudah untuk mengesannya.

Pertama, padamkan semua lampu di dalam bilik hotel dan tutup langsir di tingkap, biarkan jadi gelap gelita.

Seterusnya buka kamera telefon pintar anda dan halakan ke setiap sudut di dalam bilik hotel terutamanya pada lohong penghawa dingin kerana di situ adalah tempat favourite untuk spy cam dipasang.

Jika ada kelihatan bintik berwarna merah melalui kamera telefon pintar anda, itu bermakna ada spy cam dipasang pada kawasan tersebut.

Bintik merah itu adalah cahaya inframerah (infrared) yang dikeluarkan spy cam dan kamera telefon pintar anda dapat mengesannya.

@mirzanjohor tips check in hotel! perempuan wajib tengok sampai habis ok! #hotel #hoteltips #tips #spycam #fyp #foryou #foryoupage #viral ♬ Title - Meghan Trainor

Sumber: Mirzan Johor

Destination: