[VIDEO] "Luar Kuarters Polis, Dalam Hotel" - Viral Port Penginapan Terbaru Di Sungai Petani, Kedah Ni!

TRAVEL
March 29, 2023 - 02:09 PM


Orang ramai menzahirkan keterujaan selepas mendapati sebuah kuarters polis di Sungai Petani, Kedah, dijadikan hotel penginapan yang cantik.

Alia.Izaaty menerusi perkongsian videonya di TikTok itu pada awalnya ‘memandang rendah’ dengan keadaan hotel yang ditempah biliknya itu.

“Tengok dari luar dah nampak biliknya mesti biasa. Memang serupa macam kuarters polis, ingatkan dia ubah la macam hotel kan?

“Tak sangka luar saja macam tu tapi dalamnya mewah. Bilik kami bilik vip, keseluruhannya sangat puas hati. Menyesal underestimate (pandang rendah),” katanya.

@alia.izaaty First rime duduk hotel yang asalnya kuarters polis, memang menyesal. Korang tgkla sampai habis #zaqueshotel #sgpetani #kedah ♬ كن فيكون - Acapella Cover - Othman Alibrahim

Orang ramai turut menyokong usaha untuk mempelbagaikan fungsi fasiliti kerajaan terbiar supaya ia dimanfaatkan seperti itu.

“Idea yang bagus. Moga lebih banyak lagi kuarters kerajaan yang terbiar dapat dibangunkan semula,” komen Eyna SA.

“Terbaik, saya pun dah lama fikir buat rumah sewa untuk orang bujang atau pelajar pun ‘okey’. Contoh dekat kuarters Jalan Ipoh tu,” cadang Lindas pula.

“Bagus juga ni megelakkan pembaziran. Banyak lagi kuarters guru, polis dan askar yang terbiar. Bagi B40 yang sangat perlukan rumah tinggal, lagi bagus. Duit sewa kerajaan dapat,” ujar seorang lagi pengguna.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: