Splash Mania, Waterpark Terbaharu Di Selangor! Ini Review Jujur!

TRAVEL
February 07, 2023 - 01:51 PM


Waterpark terbaharu SplashMania yang dinantikan akhirnya dibuka secara rasmi pada 6 Febuari semalam. Rileklah berpeluang untuk merasai sendiri keseronokan SplashMania terlebih dahulu sempena majlis pra-pelancaran khas untuk media.

Jadi kali ini, kami tampilkan review ringkas apa yang anda boleh expect di SplashMania!

1. Fasiliti Terbaik dan Mesra Keluarga

Mungkin ini reaksi awal kerana SplashMania baru sahaja beroperasi kan, tapi yang menarik perhatian kami adalah locker yang disediakan menggunakan sistem yang cukup sistematik. Anda tak perlu pegang kunci atau ingat pintu no locker anda! Anda hanya perlu key in no. telefon dan ingat warna locker anda yang dijadikan sebagai 'kunci' locker. Anda boleh buka dan tutup locker tersebut bila-bila masa.

Cas dikenakan untuk locker

Selain itu, di ruang locker yang sama turut disediakan tandas dan bilik mandi. Yang bestnya shower disediakan ada air panas! Memang puas hati lah.

Selepas selesai bersihkan diri dan tukar pakaian, anda boleh terus ke surau yang turut berada di ruang locker. Cukup mudah dan selesa.

Kabin turut disediakan untuk anda yang inginkan ruang peribadi di kawasan Omba'king Cove (Pantai) dalam jumlah yang terhad, jadi anda kena datang awal!

2. Slide Untuk Semua

Di SplashMania, terdapat 24 jenis gelongsor air dan 15 tarikan yang sesuai untuk semua lapisan umur! Ada yang anda boleh naik berdua, ada yang tak perlu pelampung, ada yang esktrem dan mencabar, dan sudah tentunya ada untuk anak-anak!

Antara slides yang anda wajib cuba ada tiga slide yang pertama kalinya ada di Malaysia. Tiga slide tersebut adalah The Shaka Waka, The Wild Rush dan juga The Atlantis VR. Walau bagaimanapun, ada beberapa slide dan juga tarikan yang belum beroperasi.

3. Bergembira di pantai dan menyusuri sungai

Tak sempurna satu waterpark kalau tiada pantai dan ombak! Yang bestnya di SplashMania, pantai yang berlatarbelakangkan satu kapal besar yang memang wow! Terdapat beberapa persembahan turut disediakan untuk pengunjung.

Nak bersantai atas pelampung sambil menyusuri sungai pun boleh! Memang boleh layan satu keluarga. Yang bestnya arus sungai tu cukup laju dan anda bakal ditembak dengan air pancut! Jadi hati-hati yang bawa henfon!

4. Explore Kapal Ala 'Titanic'

Antara landmark terbesar di Splash Mania, sudah tentunya kapal lanun yang besar! Anda boleh naik kapal ni tau, bukan hanya untuk display! Kapal ini diberi nama Amazonia. Ada dua permain iaitu Zoom Runaway dan Sky Leap. Tapi belum dibuka lagi jadi tunggu. 

Dari hujung kapal ini juga anda boleh menikmati permandangan 360 darjah Splash Mania!

5. Harga makanan masuk akal

Membawa makanan dari luar sudah semestinya dilarang di mana mana taman tema. Jadi anda harus mengisi perut anda di Jungle Jamboree. Jenis makanan yang tersedia adalah makanan itali dan juga ala kopitiam. Anda boleh dapat satu hidangang lengkap berserta minuman dalam lingkungan RM23.

Harga Tiket dan Waktu Operasi

Bermula dari 6 Febuari sehingga 31 Mac, ada promosi potongan harga untuk tiket.

  • RM79 untuk Dewasa
  • RM63 untuk kanak-kanak

*Sebaik tamat promosi, harga tiket akan kembali pada harga asal iaitu RM125 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak

Tekan link untuk pembelian tiket

Waktu Operasi: 10am – 6pm. Tutup pada setiap hari Selasa (kecuali cuti awam atau cuti sekolah)

Kesimpulannya, jika anda berkunjung bersama keluarga pada waktu promosi sedang berjalan memang sangat berbaloi! Dalam satu hari anda boleh mencuba semua slide dan tarikan yang ada. Fasiliti yang disediakan juga bersih dan tiptop! Harga makanan pula boleh diterima. Splash Mania wajar jadi lokasi teratas untuk anda luang masa di hujung minggu dan bermandi manda bersama insan tersayang! 

 

 

Destination: