Nak Bercuti Ke Vietnam? Hati-Hati Dengan Scammer Si Penjual Kacang Yang 'Target' Pelancong Malaysia!

TRAVEL
February 13, 2023 - 12:24 PM


Apabila sebut tentang Vietnam, pasti ramai rakyat Malaysia terutama kaum wanita yang mengimpikan untuk melancong ke sana bagi tujuan shopping kerana barangan yang dijual adalah murah dan cantik!

Jika anda merancang bercuti ke Ho Chi Minh atau bandar raya yang dahulunya dikenali sebagai Saigon di mana terletaknya lokasi membeli-belah popular yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn --  anda diingatkan untuk lebih berhati-hati.

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, pelancong dari Malaysia yang menginap atau shopping di sekitar Jalan Melayu, Ho Chi Minh disarankan agar berwaspada dengan penipuan si penjual kacang.

Ini kerana mereka sememangnya mensasarkan para pelancong dari Malaysia yang gemar mengunjungi lokasi-lokasi membeli-belah di situ.

Modus operandi si penjual kacang adalah dengan memberi kacang secara percuma.

Apabila pelancong mengambil kacang tersebut, mereka akan terus meminta dan memaksa pembayaran wang dari VND150,000 (RM27) hingga ke VND80,000 (RM15).

Jika ramai pelancong Malaysia yang kurang arif tentang pertukaran wang mereka akan tertipu dan ada yang terpaksa membayar gara-gara mereka dipaksa membayar sehingga diekori kemana-mana.

Lebih parah apabila si penjual kacang akan membuat kecoh dengan memberitahu orang tempatan Vietnam yang lainnya bahawa pelancong tersebut berhutang dan tidak mahu membayar untuk kacang yang telah dimakan.

Sekiranya anda antara yang terperangkap dalam situasi berkenaan, langkah bagi mencegah dari ditipu adalah dengan menolak jualan kacang mereka dengan baik serta mengabaikan sahaja apabila diberikan kacang secara percuma.

Manakala jika anda telah ditipu,  sila beritahu tour guide (sekiranya ada) untuk meminta semula wang bayaran.

Ini kerana si penipu penjual kacang sangat takut jika laporan polis dibuat oleh pelancong.

Oleh itu, di Vietnam anda harus lebih berwaspada dan jangan terlalu seronok membeli-belah sehingga menjadi mangsa penipuan peniaga tempatan. 

Bimbang percutian impian bertukar menjadi mimpi ngeri dan trauma untuk diri sendiri.

Sumber: Twitter Travel Jimat

Destination: