Danial mengakui kelemahan dan kesilapan dari pihaknya, namun menegaskan pelanggan sepatutnya membuat aduan di saluran yang betul.
"Saya Tak Mahu Tegakkan Benang Yang Basah" - Danial Zaini Jawab Isu Restoran, Tapi Netizen Pulak Rasa Bengang?
FOODIEKecoh di platform Twitter mengenai restoran milik Danial Zaini, Paku & Pontianak di mana seorang pelanggan meluahkan rasa kekecewaannya tentang servis dan kualiti makanan restoran selebriti tersebut.
Danial menerusi bebenang tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggan tersebut dan mengakui kelemahan yang berlaku daripada pihaknya.
Assalamualaikum, pertama sekali. Saya mohon maaf sekali lagi berkenaan isu restoran Paku & Pontianak kepunyaan saya ini. Isu ini telah pun dibincangkan bersama pihak pengadu. Kami memohon maaf atas segala kesulitan . https://t.co/kB5qPRPdNp
— Danial Zaini (@DanialZaini1) February 15, 2023
Bagaimanapun kata Danial dia memohon agar pihak lain tidak mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah.
Katanya lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Namun, Danial juga berkongsi di bebenangnya mendakwa pelanggan tersebut memaki perkerjanya di khalayak ramai. Danial menegaskan dia tidak mahu menegakkan benang yang basah, namun netizen berpendapat dia tidak sepatutnya cuba mengalihkan isu kepada reaksi pelanggan yang terpaksa menunggu hampir dua jam untuk makanan.
Ini adalah salah satu rakaman yg dirakam oleh pelanggan meja bawah . Dimana pihak tersebut memaki staff saya dgn perkataan lucah. Kejadian ini di saksikan oleh ramai org. Namun staff saya tidak membalas apa pn . Kerana Customer is always right. pic.twitter.com/FUDkBv5RPl
— Danial Zaini (@DanialZaini1) February 15, 2023