KL East Park, Port Hiking Terbaharu Dengan View Bandar Kuala Lumpur!
TRAVELBuat para pencinta alam semula jadi, nampak gayanya korang ada port hiking terbaharu di Kuala Lumpur! Port itu adalah Hiking Trail di kawasan perbandaran KL East. Mungkin ramai yang familiar dengan KL East Mall dan Jibby East di kawasan ini.
Trek yang boleh diklasifikasikan sesuai untuk korang yang beginner kerana trek di situ hanya sepanjang 2km merentasi 53 ekar kawasan hutan. Tapi, buat masa sekarang hanya fasa 1 sahaja yang dibuka iaitu seluas 17 ekar.
Yang menariknya, apabila semua fasa selamat untuk dibuka trek ini akan berbersambung ke Bukit Tabur serta Permatang Kuarza Klang Gates yang terkenal sebagai pembentukan kuarza yang terpanjang di dunia.
Ketika ini, trek kelihatan cantik dan terjaga namun beberapa laluan berbatu ada risiko untuk korang tergelincir jadi hati hati!
Here's my review of KL East Park
— Kay (@sirennextdoor) February 26, 2023
1) Sepanjang trail rasa sejukkk je (730am-9am hike)
2) Ada security guards along the way
3) 2KM track, tp pusing2 and incline level intermediate. Above 5yo sesuai
4) Nicely guided w signs (tho confusing) but easy enough to navigate
Pada bahagian bawah ada taman yang cukup cantik, tapi view di atas memang cukup memukau! Korang boleh layan pemandangan sebahagian bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 242 meter dari aras laut.
Masuk Percuma dari 7.00am - 6.30pm (last entry at 4.00pm) sehingga 31 Ogos 2023 ini. Tetapi, perlu daftar di: https://klepark.simedarbyproperty.com .
Sumber dan Kredit: Sugaroute