Tewaskan Abu Dhabi, Dubai & Las Vegas, Kuala Lumpur Berada Di Tangga Ke-18 Dalam Senarai Bandar Terbaik Dunia 2024

TRAVEL
January 29, 2024 - 12:27 PM


Siapa sangka bahawa ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar raya terbaik untuk tahun 2024.

Perkara itu dibuktikan melalui tinjauan global yang dilakukan baru-baru ini oleh Britons Ranking.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, Kuala Lumpur menjadi antara bandar raya yang menyerlah dalam senarai 37 bandar raya di seluruh dunia yang termasuk dalam senarai berkenaan.

Kuala Lumpur telah menewaskan bandar-bandar popular lain seperti Abu Dhabi (tangga ke-21), Dubai (tangga ke-31) dan Las Vegas (tangga ke-37).

Berdasarkan gambar di atas, Kuala Lumpur berada di kedudukan 18 dengan 75%. Sementara itu, Sydney menduduki tempat pertama, diikuti dengan Cape Town di tangga kedua dan Chicago ketiga.

Untuk info, penilaian itu dilakukan oleh lebih 1,800 responden yang menilai pengalaman mereka mengembara dunia di luar Eropah sejak tiga tahun lalu.

 

Kredit: Daily Mail & Gempak

Destination: