Selalu Ustaz Beri Ceramah, Tapi Masjid Ni Buat Kelainan Jemput Doktor Sikh Kongsi Ilmu Berhenti Rokok Pada Jemaah!
TERKINIBiasanya untuk mengadakan ceramah di masjid dan surau -- pasti golongan pendakwah, ustaz dan ustazah yang akan menjadi jemputan bagi berkongsi ilmu bersama para jemaah.
Namun, sebuah masjid terkemuka di Bangsar, Kuala Lumpur telah memecah tradisi biasa dalam kalangan umat Islam apabila menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu mengenai berhenti merokok, baru-baru ini.
Kelainan yang dibawakan oleh pihak pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq itu benar-benar membuka mata ramai umat Islam tentang bahawa masjid sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat beribadat, bahkan tempat menyebarkan ilmu tidak kira dari individu beragama Islam mahupun tidak.
Apa yang penting, umat Islam perlu menunjukkan keterbukaan dalam menerima sesiapa pun ke rumah Allah, atas tujuan yang baik.
“Topik kuliah di masjid bukanlah sesuatu yang luar biasa dan selalunya bersandarkan kepada nilai agama. Ceramah oleh doktor Sikh ini mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam, di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu.
“Saya menggalakkan lebih banyak masjid melakukan perkara ini dengan menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.
“Inilah cara kita boleh menarik orang ramai ke masjid sebagai tempat ibadat dan menuntut ilmu,” kata pengguna Twitter @saifyakhtar dengan klip video yang menunjukkan doktor dengan memakai serban merah menyampaikan syarahan kepada jemaah di masjid itu.
More than a place of worship. 🕌
— Saify Akhtar 🇲🇾🇸🇬🇵🇰 (@saifyakhtar) April 11, 2023
Last Friday, Saidina Abu Bakar Mosque invited a Sikh doctor to give a lecture inside a mosque.
It was a well timed topic on how Ramadhan is the best month to quit smoking , & he offered to help. pic.twitter.com/tGVuQOwFm5
Video itu menjadi tular dengan hampir 80 ribu tontonan.
Netizen memuji usaha masjid itu mendidik jemaahnya dengan menjemput seorang bukan Islam menyampaikan ceramahnya di situ.
“Hebat!!!! Kudos to both of them! Contoh yang baik untuk diikuti oleh semua masjid lain! Tq for sharing:)!,” kata pengguna Twitter @zymasri.