[VIDEO] "Tak Tahu Nak Sedih Ke Bangga" : Ibu Non-Muslim Pelik Anaknya Suka Dengar Azan

TERKINI
July 07, 2023 - 06:06 PM


Setiap daripada kita pasti mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing pada Tuhan.

Di Malaysia juga kita boleh lihat pelbagai agama dan budaya diamalkan. Terpulang kepada individu itu sendiri tetapi janganlah pula sampai memudaratkan diri.

Tak salahnya sebenarnya jika kita ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang sesebuah agama dengan tujuan untuk belajar dan masih berpegang teguh pada agama kita, betul tak?

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang ibu bingung melihat anaknya yang beragama Kristian tetapi suka mendengar azan telah mendapat perhatian ramai.

Lebih mencuit hati apabila kanak-kanak lelaki itu akan menangis kuat jika ibunya cuba menutup azan yang sedang didengarinya.

@mamiyzio Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah ♬ suara asli - Mamidanzio

Menerusi video tersebut, dipercayai ia berlaku di Indonesia apabila seorang wanita berkongsi rakaman ketika anak lelakinya sedang mendengar azan di telefon bimbit.

Namun, apabila dia cuba mengambil dan menutupnya, anaknya itu akan mula menangis dan seperti meminta untuk dimainkan semula.

Situasi itu membuatkan dia bingung kerana mereka beragama Kristian. Malah, anaknya itu akan memilih untuk mendengar azan daripada video yang lain.

@mamiyzio

Maaf y keterusan krn emg pada dasarnya anak ku g doyan sama yg lain kecuali suara azan berkumandang😂🥹

♬ suara asli - Mamidanzio

KOMEN NETIZEN

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Majoriti daripada mereka mendoakan semoga suatu hari nanti keluarga kanak-kanak tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT.



Sumber: says.com.my

Destination: