Balenciaga, YSL Ubahsuai Kilang Untuk Membuat Topeng Penutup Mulut Dan Hidung

TERKINI
March 27, 2020 - 04:55 PM


Label fesyen terkemuka dunia, Yves Saint Laurent (YSL) dan Balenciaga bakal mengunakan premis mereka yang kebiasaannya digunakan untuk membuat pakaian mewah untuk mengeluarkan topeng pembedahan atau topeng penutup mulut dan hidung.

Syarikat induk jenama berkenaan, The Kering Group juga bakal mendermakan sejumlah 3 juta topeng berkenaan untuk kegunaan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan di Perancis selain akan memberikan sumbangan kepada istitut penyelidikan bioperubatan iaitu The Institut Pasterur Biomedical Research Institute.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat induk berkenaan, topeng ini akan diimport dari China bagi membantu negara berkenaan melawan COVID-19.

Isnin lalu, 186 kematian dicatatkan di Perancis akibat wabak Covid-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 860 kematian dan ini turut diikuti dengan pengumuman lockdown negara berkenaan oleh Perdana Menteri, Edouard Philippe.

Tambah The Kering Group, premis mereka yang biasanya digunakan untuk mengeluarkan barangan Balenciaga dan YSL ini sedang dalam persiapan untuk mengeluarkan topeng sambil mematuhi langkah-langkah perlindungan kesihatan yang ketat untuk anggota staf mereka. Proses pengeluaran akan dilakukan dengan kadar segera segera setelah proses pembuatan dan bahan telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan.

Syarikat multinasional The Kering Group ini juga syarikat induk kepada jenama besar lain seperi Gucci dan Alexander McQueen dan banyak lagi.