Grab Bersedia Tawarkan Perkhidmatan GrabBike – Pendaftaran Rider Dibuka

TERKINI
November 27, 2019 - 10:46 AM


Grab Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan perkhidmatan perkongsian motorsikal GrabBike dan sedang merekrut rider untuk projek pilot mereka.

Dalam satu posting di laman web Grab, perkara ini adalah selari dengan program yang diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan dan rider ini akan menjalankan projek pilot selama 6 bulan bermula Januari tahun hadapan.

Program pengambilan rider bagi GrabBike Malaysia ini telah dibuka dan permohonan akan ditutup pada 2 December 2019. Jadi jika anda berminat untuk menjadi salah seorang GrabBike rider, anda ada masa kurang lebih daripada 5 hari bermula hari ini!

Mereka yang berjaya bakal menerima maklum balas dari pihak Grab dalam tempoh masa 5 hari bekerja atau paling lewat pada 9 Disember 2019 bagi memulakan latihan.

Sama seperti pemandu kereta, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh rider Grab ni nanti iaitu; motorsikal haruslah kurang dari 5 tahun, penunggang harus mempunyai lesen memandu yang sah dan melebihi 18 tahun serta tiada sebarang kesalahan dengan pihak JPJ mahupun PDRM.

Dalam program pilot ini, penunggang akan dicas 20% sebagai komisyen dan tidak dibenarkan membatalkan pesanan untuk membuat sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Grab.

Menurut Grab, penunggang di Lembah Klang bakal menerima insentif khas untuk bulan pertama selain akan menerima jaket untuk penunggang serta topi keledar keselamatan untuk pembonceng.

------> Daftar Sebagai Rider GrabBike Disini <--------