"Jemput Makan!" CEMBURU Dengan Perlis Kerana Dah Boleh 'Dine-In'

TERKINI
August 05, 2021 - 05:40 PM


Cemburu ini lebih pedih dari cemburu dengan kekasih!!!

Sekian lama kita berada dalam fasa 1 dan 2, tiga buah negeri kini sudah berada dalam Fasa 3 kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Sarawak, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam Fasa 3, antara kelonggaran yang mereka dapat ialah makan di kedai atau dine-in. Perkongsian netizen di Twitter dari Perlis dengan kongsi gambar mereka sedang menjamu selera di kedai makan. 

 

 

 

Orang ramai berasa cemburu dengan tindakan mereka 'flex' di masing-masing sedang menjamu selera. Manakala rakyat di negeri lain masih duduk di rumah dan dan tidak boleh makan di luar. 

Malah para netizen meluahkan perasaan mereka di media sosial dan 'throwback' dengan gambar dan kata-kata rindu untuk dine-in. Ada juga yang memberitahu mahu pindah ke Perlis kerana selalu sahaja mencapai herd immunity.

 

 

Confirm semua tak sabar kan nak makan di kedai dan lepak di mamak sampai tengah pagi. Sabarlah, mari kita sama-sama jaga diri kita dari Covid 19 terus menular dan ambil vaksin.

Sumber: The Vocket, The Rakyat Post 

Destination: