Seriuslah Airbnb Nak Belanja Pergi Melancong Selama Setahun? Seronoknya!

TERKINI
June 11, 2021 - 04:10 PM


Pernah tak impikan satu kehidupan dimana anda boleh bergerak ke mana sahaja di atas muka bumi ni? Hidup seperti orang nomad, dari satu tempat ke tempat yang lain tapi tiada peluang diberikan. 

Airbnb kini sedang mencari sebanyak 12 orang bertuah sahaja untuk berada di mana sahaja mahu pergi selama setahun! Satu program yang dinamakan 'Live Anywhere on Airbnb' akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Pada masa yang sama, program ini memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai nomad dimana Airbnb cuba untuk sediakan. Program ini akan bermula pada Julai 2021 hingga Julai 2022 dan dibenarkan untuk membawa tiga orang untuk sertai sekali.

Airbnb berharap peserta dapat berkongsi pengalaman mereka dengan kehidupan nomad yang bakal disediakan dalam apa jua yang ingin dikongsi seperti bercuti bersama keluarga ditepi pantai atau pergi melawat muzium dengan rakan-rakan. Ini akan dapat meningkatkan produk dan inovasi masa depan platform Airbnb.

Sepanjang program dijalankan,kos penginapan serta elaun pengangkutan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Airbnb. Dalam pada masa, jika rumah tempat tinggal peserta akan ditinggalkan kosong, pihak Airbnb juga menawarkan untuk di sewa bersama Airbnb. Duit itu akan dijadikan sebagai duit tambahan kepada peserta.

Kepada sesiapa yang berminta untuk menyertai program ini boleh menghantar permohonan ke https://www.airbnb.com/d/liveanywhere. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas dan boleh memberi komitmen sepenuhnya selama 12 bulan. Sesiapa sahaja boleh menyertai, tak kisah latar belakang anda apa pun. Mari lah cuba mana tahu salah dari korang insan yang bertuah!

Sumber: Verst