Sewa Airbnb 5 Bilik Atau Lebih Di Malaysia, Bakal Kena Cukai Pelancongan?

TERKINI
July 02, 2019 - 03:28 PM


Kalau dulu kita bercuti atau melancong mesti hotel, hostel, resort, villa dan homestay selalu menjadi pilihan untuk penginapan.

Namun, siapa sangka perkhidmatan sewaan rumah atau apartment dalam talian seperti Airbnb semakin menjadi pilihan dan sangat digemari pelancong seluruh dunia.

Malaysia juga tidak ketinggalan daripada perkembangan pesat itu apabila menjadi pasaran paling tinggi pertumbuhan tetamu bagi Airbnb di Asia Tenggara buat tahun kedua berturut-turut, dengan menjana kira-kira RM3 bilion kepada ekonomi negara kita.

Dan ketika ini Airbnb sedang dalam rangka memuktamadkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia, untuk melaksanakan cukai pelancongan baharu sebanyak RM10 satu malam kepada ahli Airbnb yang menyewa lima bilik atau lebih.

Menurut laporan Berita Harian, syarikat Airbnb yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat itu menggesa kerajaan menyediakan rangka kerja percukaian pelancongan yang terpakai kepada semua jenis penginapan yang berdaftar di bawahnya.

Ini kerana buat masa sekarang, sistem percukaian yang ada hanya terhad kepada beberapa jenis penginapan dan tidak menyeluruh.