Promosi Pakej Percutian Cuti-Cuti Malaysia Sehingga 70 Peratus di Pameran e-Pelancongan Mita
TERKINIAnda ada sebarang perancangan untuk Cuti-Cuti Malaysia, tapi tiada idea nak jalan-jalan kemana dan masih mencari pakej menarik yang murah?
Apa kata anda usha-usha pakej percutian di Pameran e-Pelancongan Mita atau Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia yang akan berlangsung dari 1 hingga 15 Julai ini.
Menurut Presiden Mita, Uzaidi Udanis kempen tersebut bakal menawarkan harga promosi sehingga 70 peratus termasuk dengan perlindungan insurans serendah RM4 sahaja!
Menarik, kan?
Katanya lagi Pameran e-Pelancongan Mita kali ini akan membabitkan 200 vendor yang dijangka menjual lebih 100,000 baucar dengan nilai jualan RM5 juta.
"Kami akui pelancongan antara sektor ekonomi yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 dan tahun ini dianggarkan industri pelancongan kerugian kira-kira RM45 bilion.
"Langkah proaktif perlu diambil oleh agensi pelancongan untuk menukar semula kaedah pemasaran mereka dengan memberi tumpuan terhadap pelancongan domestik.
"Kami yakin melalui skim Senang Insurance dari Zurich General Insurance Company Berhad, serendah RM4 (perlindungan sehingga RM20,000) dapat membantu merancakkan lagi sektor pelancongan domestik.
"Ia sekali gus memberi semula keyakinan masyarakat untuk keluar melancong biarpun di dalam negara," katanya pada sidang media pelancaran Pameran e-Pelancongan Mita.
Lebih menarik untuk pameran tahun ini akan ada banyak lokasi yang belum diterokai sepenuhnya oleh pelancong yang bakal ditawarkan menerusi kempen e-pelancongan itu nanti.
Jadi kalau korang nak join Mita e-Travel Fair tu nanti, korang boleh ke Facebook rasmi mereka iaitu : https://www.facebook.com/MITAMsia/
Sumber: Harian Metro