Tourismphobia : 7 Bandar Eropah Yang Bencikan Pelancong

TERKINI
February 04, 2020 - 02:52 PM


Barcelona, Rom dan Amsterdam merupakan 3 destinasi atau bandar yang paling banyak menerima kedatangan pelancong di Eropah dan mereka telah ‘menyambut’ kehadiran pelancong – pelancong ini sejak berdekad yang lalu dan mereka selalunya terkenal kerana sikap ramah mereka terhadap orang luar.

Namun, sejak beberapa menjak kebelakangan ini difahamkan mereka tidak lagi menerima kehadiran lambakan pelancong ke bandar mereka, dalam erti kata lain, bencikan pelancong dek kerana terlalu ramai. Apa yang terjadi di ketiga- tiga bandar ini adalah ‘Tourismphobia’.

Disebabkan kebanjiran pelancong dan peningkatan industri pelancongan yang bertumpu di bandar mereka ia memberikan kesan yang besar terhadap kepadatan bandar, overtourism, kos sara hidup yang tinggi, sewaan yang mahal dan beberapa faktor lain yang disebabkan industri pelancongan.

Rata – rata bandar yang terkenal dengan pelancongan akan hadapi perkara over-tourism ini dan jika tidak dihadkan, maka makin banyak bandar yang penduduknya tidak lagi sukakan pelancong atau orang luar.

7 Bandar Eropah Yang Bencikan Pelancong

#1. Venice

Penduduk asal bandar Venice hanyalah 55 ribu orang, namun mereka terpaksa menerima kunjungan lebih daripada 20 juta pelancong setiap tahun. Kalau mengikut purata, sekitar 1.6 juta pelancong setiap bulan. Jumlah pelancong lagi ramai dari penduduk asal.

Tahun lalu, penduduk Venice telah mengadakan tunjuk perasaan dan mereka merasa terkesan selain bandar tersebut juga menerima kesan buruk disebabkan industri pelancongan. Contohnya adalah harga hartanah dan sewa yang meningkat, bandar sesak dengan bas pelancong serta terusan mereka yang dipenuhi dengan bot membawa pelancong.

 

#2. Milan

Bandar yang terkenal sebagai hab fesyen dunia ini turut mengalami tourismphobia sebenarnya. Dikhabarkan pihak berkuasa sedang bergelut untuk tangani masalah pelancong yang ‘anti-sosial’ dan perangai mereka.

Antara larangan yang terpaksa diwujudkan termasuklah mengharamkan penggunaan stick selfie, food truck dan juga membuang sampah merata – rata. Selain itu, botol kaca serta bunga api juga tidak dibenarkan di Milan.

Dengar cerita, penduduk setempat juga sedang dalam usaha membendung lambakan Airbnb di bandar berkenaan untuk mengurangkan kebanjiran pelancong.

 

#3. Rom

Selain Milan, Rom yang merupakan ibu negeri bagi Itali ini juga sedang mengurangkan kesan over-tourism dengan langkah yang sama seperti di Milan.

Pihak berkuasa tempatan Rom juga mengharamkan beberapa barangan dan larangan beberapa aktiviti. Sebagai contoh, syarat untuk minum (minuman keras) di jalan raya Rom pada waktu malam telah diperketatkan.

Selain itu, pelancong digalakkan supaya tidak menggunakan selfie stick, mandi di tempat awam, penjualan makanan ditepi jalan dan macam – macam lagi.

Baca : Rom Haramkan Gerai Jual Cenderamata Di Lokasi Tarikan Pelancong!

#4. Barcelona

Sebuah bandar yang paling digemari oleh pelancong di Eropah, Barcelona telah lebih lama ‘benci’ pelancong dan telah berlaku beberapa siri tunjuk perasaan anti-pelancong yang diadakan.

Apa yang berlaku di Barcelona boleh dikatakan agak ekstrim dimana ada laporan yang mereka bertindak untuk melakukan vandalism kepada kenderaan yang dinaiki pelancong seperti membocorkan tayar bas, menconteng tingkap bas dengan mesej anti-pelancong dan lain – lain.

Tahap kebencian penduduk di Barcelona boleh dikatakan agak ketara yang mana mereka turut menaikkan banner dengan slogan yang menghalau pelancong.

Faktor utama yang menyebabkan kebencian ini adalah disebabkan kos sara hidup yang meningkat, sewa yang tinggi selain kewujudan AirBnb yang lebih banyak dari perumahan penduduk di sesetengah kawasan.

 

#5. Dubrovnik

Nama Dubrovnik yang terletak di bahagian selatan Croatia ini meningkat naik selepas ‘kemunculannya’ dalam siri popular di HBO iaitu Game of Thrones. Terkenal dengan jolokan ‘Old City’, ternyata ia kini berdepan dengan masalah lebihan pelancong.

Bagi mengurangkan kemarahan penduduk, pihak berkuasa tempatan Dubrovnik dikhabarkan dalam perancangan untuk mengehadkan kemasukan pelancong ke kawasan berkenaan.

Selain itu, difahamkan bilangan kapal pelayaran yang dibenarkan berlabuh disana juga telah dikurangkan daripada 5 buah kapal dalam sehari kepada hanya 2 buah kapal.

 

#6. Amsterdam

Sebuah lagi ibu negara yang menjadi mangsa lebihan pelancong adalah ibu negara Belanda, Amsterdam. Terkenal dengan muzium kesenian yang cantik, kincir angin, taman tulip dan lain – lain, tidak hairanlah jika ianya terletak sebagai destinasi top-10 pilihan pelancong di seluruh dunia.

Sama situasinya seperti bandar lain, apa yang memberikan kesan kepada penduduk tempatan adalah kos sara hidup dan harga sewaan yang meningkat naik selain kepadatan yang melampau di sesetengah kawasan.

Ada yang mengatakan penduduk tempatan mula menaikkan banner dan menconteng slogan berkaitan anti-pelancong di sekitar bandar berkenaan untuk ‘menghalau’ keluar pelancong – pelancong.

#7. Raykjavik

Walaupun terletak jauh nun diatas berdekatan dengan kutub, ia tidak terkecuali daripada mengalami over-tourism. Ibu negara Iceland ini dikhabarkan berdepan dengan pelbagai jenis masalah yang disebabkan oleh pelancong. Ada laporan mengatakan pelancong mencuri kambing untuk dibuat barbeque, papan tanda dicuri selain ada yang ‘membuang’ merata – rata.

Selain keindahan bandar Iceland sendiri, biasanya ramai pelancong kesini untuk melihat fenomena ‘Northern Light’  dan ini secara tidak langsung memberikan kesan kepada negara yang mempunyai jumlah populasi seramai 363 ribu orang ini.

Industri pelancongan di Iceland meningkat naik selepas krisis kewangan pada 2008 namun apa yang membimbangkan adalah kesan yang diberikan terhadap sosio-budaya dan impak over-tourism ini sendiri keatas persekitaran Iceland yang cantik tersebut.

Nota Editor : Kami tidak menghalang untuk ke destinasi tersbut tetapi jadilah seorang pelancong yang bertanggungjawab. =D